Pemboikotan Sukan Olimpik Seoul 1988

Negara yang memboikot diwarnakan biru.

Sebelum bermula temasya, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah berusaha untuk memastikan pemboikotan yang besar-besaran seperti apa yang berlaku pada Sukan Olimpik 1980 dan Sukan Olimpik 1984 tidak berlaku pada edisi ini. Ekoran daripada itu, Deklarasi Mexico telah diadaptasikan pada November 1984. Deklarasi ini memberi bantuan kepada semua ahli IOC agar mereka menyertai Sukan Olimpik. Selepas Sukan Olimpik 1984, Jerman Timur sudah bersetuju untuk menyertai Sukan Olimpik 1988, dan IOC turut menghantar jemputan kepada peserta, sebuah tugasan yang asalnya berada di bawah Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik edisi tersebut.

Korea Utara telah memboikot temasya ini setelah usulnya untuk menganjurkan Sukan Olimpik 1988 bersama Korea Selatan ditolak.[8] Korea Utara turut disertai oleh negara-negara sahabatnya, Cuba. Walaupun dijemput, Albania, Ethiopia dan Seychelles juga tidak menyertai edisi Sukan Olimpik ini.[4] Nicaragua tidak menyertai disebabkan oleh masalah kewangan,.[5] dan Madagascar juga menarik diri disebabkan oleh kekangan kewangan.[6]